Jurnal Darussalam



Selain buku dan  majalah, jurnal adalah antara jenis terbitan yang diusahakan oleh Bahagian Penerbitan Pusat Sejarah Brunei.  Jurnal adalah suatu terbitan berkala yang khusus bagi membincangkan sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu mengikut kajian, penelitian atau penyelidikan seseorang penulis. Secara umumnya, jurnal mengandungi penulisan yang menerangkan tentang konsep, pendekatan, dan tatacara penulisan secara ilmiah (akademik).


Dalam konteks Pusat Sejarah Brunei, jurnal yang diterbitkan sejak tahun 1992 dengan keluarannya setahun sekali, bertajuk Jurnal Darussalam, memuatkan hasil kajian atau penulisan ilmiah yang berkaitan dengan persejarahan Brunei dalam pelbagai aspek seperti sosiobudaya (sosiologi dan antropologi), agama, pentadbiran, politik, ekonomi, arkeologi, historiografi, genealogi, filologi dan sebagainya. Jurnal Darussalam dihasratkan sebagai wahana untuk menyalurkan idea, penilaian dan pengkajian sejarah yang bermutu bagi mengembangkan minda untuk faedah penyelidikan, rujukan, dan bacaan umum. Setiap isu, pendapat atau kesimpulan yang diketengahkan memberikan satu kefahaman dan penjelasan yang menarik dan konsisten. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semestinya mencerminkan pendapat atau sikap penerbit kerana ia merupakan kajian dan gagasan penulisnya untuk membuka minda tentang betapa pentingnya sejarah itu diketahui, dipelihara dan dihargai sebagai wadah masa lalu sarana masa depan.


Sehubungan dengan itu dialu-alukan kepada para sejarawan, cendekiawan, ahli akademik, mahasiswa, mahasiswi dan peminat sejarah untuk meyumbangkan hasil tulisan atau kajian tentang mana-mana aspek yang releven dengan persejarahan Brunei bagi dimuatkan dalam Jurnal Darussalam. Pusat Sejarah Brunei akan memberikan honorarium yang berpatutan bagi setiap sumbangan yang diterbitkan dalam jurnal ini.

Untuk mengetahui garis panduan penulisan Jurnal Darussalam dan berminat untuk menyumbangkan hasil kajian atau artikel bagi pengisian Jurnal Darussalam, sila tekan Garis panduan penulisan Jurnal Darussalam 

 ______________________________________________________________

Jurnal Darussalam, Bilangan 1
Merupakan jurnal berkala Pusat Sejarah Brunei yang memuatkan makalah-makalah akademik dalam berbagai disiplin yang menjurus kepada soal-soal berkaitan dengan persejarahan Brunei, dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan dan luar negeri. Bagi keluaran sulung ini mengandungi esei-esei bertajuk: "Sultan Sharif Ali", "Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Sejarah", "Penyelidikan dan Penulisan Sejarah Kedatangan Islam ke Nusantara: Suatu Tinjauan Kembali", "Arkeologi Dalam Penyelidikan dan Penulisan Sejarah", "Melayu Islam Beraja: Satu Kesinambungan Sejarah Brunei", "Pembentukan Kerajaan Brunei Lama: Teori Penghijrahan dari Sumatera", "Pulau Labuan", "Latar Belakang Islam di Brunei", dan "Semangat Kebangsaan: Kesedaran Awal"


Tahun Terbit: 1992 
Halaman: 166 halaman 
Ukuran: 165mm x 250mm
Harga (Kulit Tebal): BND12.00
Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________
   
Jurnal Darussalam, Bilangan 2

Esei-esei yang termuat dalam bilangan kedua jurnal ini: “Sejarah Lisan: Satu Kaedah Penyelidikan Sejarah”, “Kampong Aying: Model dan Kesinambungan Sosiobudaya Brunei”, “Sultan Muhammad Hasan dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam”, “Sultan Tengah: Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir”, “Sultan-Sultan Brunei dan Pentarikhannya: Suatu Tinjauan Awal”, “Brunei KM XIX: Satu Cabaran dan Campur Tangan British”, “Perlembagaan Negeri Brunei 1959: Suatu Tinjauan Umum mengenai Proses Pembentukannya”, dan “Kumpulan Istilah Bahasa Melayu Nusantara KM XV: Suatu Kajian Awal”.

Tahun Terbit: 1995 
Halaman: 176 halaman
Ukuran: 165mm x 250mm 
Harga (Kulit Tebal): BND12.00
Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 3

Jurnal Darussalam, Bilangan 3 ini mengetengahkan makalah bertajuk: “Penulisan Sejarah Brunei”, “Menghayati Institusi Raja di Brunei: Suatu Tinjauan Ringkas mengenai Pengalaman Beraja di Brunei dari KM XIV hingga Sekarang”, “Melayu Islam Beraja: Dari Perspektif Sejarah”, “Nasionalisme di Brunei, Sabah, dan Sarawak”, “Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah Sebuah Institusi”, “Makam Sultan Tengah di Santubong, Sarawak: Satu Catatan Awal”, “Riwayat Po-ni” (terjemahan daripada bahasa Cina ke bahasa Melayu), dan "Menjadi Tetamu Allah Bersama Ahli Kerabat: Suatu Sejarah (Ulasan buku)".


Tahun Terbit: 1999
Halaman: 142 halaman
Ukuran: 163.5mm x 249.2mm
Harga (Kulit Tebal): BND12.00
Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 4

Dengan hiasan kulit berformat baru, Jurnal Darussalam, bilangan 4 ini dapat menampilkan tujuh hasil penyelidikan yang masing-masing bertajuk: “Melayu Islam Beraja”, “Brunei Ke Arah Kemerdekaan (1963-1984)”, “Perkembangan Persekolahan Melayu (1950-1985): Suatu Tinjauan”, “The Muslim Rulers of Manila”, “Penubuhan Kerajaan Melayu Didasari oleh Tiga Unsur Penting - Raja, Pembesar dan Rakyat”, “Peristiwa Pembunuhan Datu Digadong di Tutong: Satu Catatan Awal”, “Dokumen-Dokumen Pemberontakan 1962 di Public Record Office, London: Suatu Kajian Awal”
 
Tahun Terbit: 2001 
Halaman: 124 halaman
Ukuran: 173.0mm x 252.4mm
Harga (Kulit Tebal): BND12.00
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 5

Sebagai bahan bagi kandungan Jurnal Darussalam, Bilangan 5 ini, esei-esei yang ditulis adalah berupa kajian-kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei, iaitu: “Nilai-Nilai Akhlak dan Ilmu Pengetahuan dalam Syair-Syair Karya Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien”, “Sejarah Manuskrip dan Perkembangannya di Brunei Darussalam”, “Pertumbuhan Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan Brunei Tahun 1906-1931: Suatu Huraian Ringkas”, “Perbandingan Dialek Melayu Brunei dengan Dialek Melayu Sambas: Satu Tinjauan Awal”, “Boxer Codex Rakaman Sejarah Brunei Pada Akhir Abad Ke-XVI”, “Sultan Ahmad Tajuddin: Selamat di Tantaya”, dan "Ulasan buku Brunei Merdeka: Sejarah dan Budaya Politik".

Tahun Terbit: 2004
Halaman: 142 halaman
Ukuran: 173.0mm x 249.2mm  
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 7

Jurnal Darussalam, Bilangan 7 ini mengetengahkan: "Sang Aji Brunei", “Perajaan (Kingship) Kesultanan Brunei: Konsep Dewaraja, Daulat, dan Derhaka Satu Sorotan", “Sistem Pertahanan Brunei Sebelum dan Selepas KM XV”, “Exploitation of Oral History: Source of Writing Modern Brunei History”, "Doa untuk Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin: Kajian Tentang Teks Doa Khutbah, Benuni, Sabah", "Brunei Tua: Satu Analisis Awal", “Catatan Sung Lien Sebagai Sumber Mengkaji Sejarah Brunei KM XVI”, dan “Politik Brunei Tahun 1905-1963: Satu Tinjauan Awal", dan "Ulasan buku Rampai Sejarah: Meniti Sejarah Silam".

Tahun Terbit 2007
Halaman: 168 halaman
Ukuran: 169.9mm x 246.1mm
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 8

Jurnal keluaran kelapan ini, esei-esei yang ditulis adalah berupa kajian-kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei, iaitu: “Tulisan Jawi dan Perkembangannya di Brunei”, “Dangan Inggeris Sudah Barakit Marikan Lagi akan Mamipit: Di Sebalik Tabir Sejarah Pemberontakan Sarawak Asal 1835-1844”, “The Concept and The Definition of Boundary: The Case of Sabah (1881-1930)”, “Hubungan Persahabatan dan Kerjasama China-Brunei Dijangka Berkembang Secara Menyeluruh dalam Alaf Baru”, “Nasionalis Melayu dalam Tunangan Pemimpin Bangsa: Suatu Tinjauan Sejarah”, “Sistem Pentadbiran Tradisional Brunei KM XIX: Pengaruh Struktur Masyarakatnya”, “A Review of Development From Brunei Perspective”, dan “Asal-Usul Masyarakat Puak Kedayan di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Awal”, dan "Ulasan buku 8 Disember: Dalangnya Siapa?".

Tahun Terbit: 2008
Halaman: 188 halaman
Ukuran: 173.0mm x 246.1mm
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________





Jurnal Darussalam, Bilangan 9

Jurnal keluaran kesembilan ini memuatkan esei-esei berupa kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei termasuk juga mengenai hal ehwal undang-undang tradisi Brunei dan tokoh-tokoh bersejarah. Esei-esei yang terkandung dalam jurnal ini ialah: '‘Bandar Brunei 1906-1929: Pembentukan dari Kampong Aying ke Darat’', '‘Penganalisaan Undang-Undang Pertama Negara Brunei Darussalam’', '‘Peranan dan Pengaruh James Brooke dalam Pengambilan Sarawak dan Labuan’', '‘Haji Saman Sebagai Penghalang Cita-Cita James Brooke Menguasai Kesultanan Brunei'’, '‘Perkembangan Aktiviti Penterjemaahan di Negara Brunei Darussalam: Signifikan Cabaran dan Wawasan’', '‘Peranan Sultan Brunei dalam Penyebaran Agama Islam’', "Resensi buku Brunei Darussalam: Negara Melayu Islam Beraja oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Setia Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri'', dan ''Ulasan buku Satu Pemikiran Mengenai Corak Pendidikan Untuk Brunei Darussalam berasaskan Islam: Melalui Pengalaman dan Sejarah oleh Pehin Jawatan dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri".

Tahun Terbit: 2009
Halaman: 165 halaman
 Ukuran: 169.9mm x 249.2mm
Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 10

Jurnal keluaran kesepuluh ini mengemukakan esei-esei hasil kajian mengenai persejarahan Brunei dan diperluaskan lagi kajian ilmu sejarah melalui pendekatan Filologi. Esei-esei yang terkandung di dalamnya: "Sultan Sharif Ali: Penyebar Ajaran Agama Islam di Brunei dan Salasilahnya", "Sistem Pembesar Kesultanan Melayu Brunei KM XIX: Citra Sejarah dan Tamadun Bangsa", "Manuskrip Syair Awang Semaun: Kajian dan Manfaatnya Kepada Orang Brunei", "Brunei KM XVII–XIX: Satu Analisa Mengenai Sejarah Kemerosotannya", "Perishtiharan Memberhentikan Pentadbiran Tentera British di Negeri Brunei 1946: Dokumen Berperundangan dalam Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1924–1950)", "The Economic Development of the Brookes’ Rajahs and the British North Borneo Company’s Rule: The Comparison and Contrast", "Perguruan Tradisi dalam Sejarah Pendidikan: Suatu Tinjauan Awal", dan "Kontrak Sosial Sebagai Teras dalam Konsep Melayu Islam Beraja".

Tahun Terbit: 2010
Halaman: 168 halaman
Ukuran: 169.9mm x 249.2mm
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 11

Jurnal Darussalam, Bilangan 11 ini mengandungi esei-esei kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei, iaitu: ''Kesultanan Melayu Tradisional: Satu Analisis ke atas Peranan Sultan dalam Kegiatan Ekonomi'', ''Islamic Da'wah In Brunei: Past Developments, Challenge and Future Prospects'', ''Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khaib Dato Seri Utama Haji Awang Metali bin Awang Mat Yassin: Kajian Biografi Tokoh Jasawan Agama melalui Sejarah Lisan (1913-1983)'', ''Brunei-Japan Relation : From Imperialism to Mutual Understanding and Cooperation'', ''The Impact of the Colonial Rule on Sarawak and Sabah'', ''Penemuan Minyak: Sejarah dan Sumbangannya kepada Pembangunan Sosial di Negara Brunei Darussalam'', dan ''Melayu Islam Beraja: Ke arah Pelestarian bagi Kelangsungan Negara''.

Tahun Terbit: 2011
Halaman: 141 halaman
Ukuran: 169.9mm x 249.2mm
 Harga (Kulit Nipis): BND10.00 
 ______________________________________________________________

 

Jurnal Darussalam, Bilangan 12

Jurnal Darussalam, Bilangan 12 ini mengandungi esei-esei kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei, iaitu ''Sejarah Sosial Kampong Aying 1906-1982: Satu Kajian Skim Migrasi Ke Darat, Pengayuh Jadi Cangkul'', ''Migration of the People of Brunei to Limbang after the Annexation of Limbang by Charles Brooke of Sarawak in 1890'', ''Isu Perlanunan dalam Lingkungan Maritim Brunei pada KM XVIII dan KM XIX'', ''Inskripsi Batu-Batu Nisan Lama di Kota Batu: Suatu Penyelidikan Awal'', ''Konsep Raja-Raja Melayu di Brunei'', dan ''British dan Arang Batu di Labuan: Suatu Tinjauan Awal''.

Tahun Terbit: 2012
Halaman: 154 halaman
Ukuran: 169.9mm x 249.2mm
Harga (Kulit Lembut): BND10.00
 ______________________________________________________________


Jurnal Darussalam, Bilangan 13
(Terbitan Terbaharu)


Jurnal Darussalam, Bilangan 13 ini mengandungi esei-esei kajian dalam pelbagai bidang persejarahan Brunei, iaitu: ''Perkhidmatan Kesihatan Brunei 1906-1949: Turun Bisa Naik Tawar, Pairupan Lawan Kapsul'', ''The Merger Plan and The Survival of the Malay Sultanate of Brunei 1963-1968'', ''Pehin Datu Iman Haji Awang Mokti bin Haji Awang Nasar: Pendakwah Nusantara'', ''Sejarah dan Perkembangan Sistem Perhubungan Darat di Negeri Brunei 1906-1967: Satu Kaiian Awal'', ''The Discovery of Oil: It's Relation to the Modernisation of Brunei'', dan ''Stupa: Kajian Awal Sejarah dan Peranannya''.

Tahun Terbit: 2013
Halaman: 146 halaman
Ukuran: 166.7mm x 252.4mm
Harga (Kulit Lembut): BND10.00 
______________________________________________________________