Pusaka


Bagi merealisasikan visi dan matlamat Pusat Sejarah Brunei sebagai pusat sumber yang menangani dan mengendalikan penyelidikan, pengkajian, pengumpulan, pendokumentasian, penerbitan, dan pameran dalam segala bentuk yang berkaitan dengan persejarahan Brunei, usaha-usaha mempergiatkan bahan-bahan terbitan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.  Sesuai dengan peranannya ke arah penyelidikan dan penulisan sejarah negara, Pusat Sejarah Brunei telah mampu menerbitkan  buku-buku, majalah, dan jurnal dengan tujuan memberi maklumat serta fakta yang penting kepada khalayaknya.

Antara terbitan awal ialah Majalah Pusaka, diterbitkan pada tahun 1988. Penerbitan Majalah Pusaka yang bersifat in-house publication ini memuatkan berita penyelidikan dan kegiatan Pusat Sejarah Brunei yang telah dijalankan oleh  pegawai-pegawai dan kakitangannya. Alhamdulillah, sejak penerbitannya, sambutan yang menggalakkan adalah daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah, penuntut-penuntut maktab dan institusi pendidikan tinggi, serta para pengkaji dan peminat sejarah tanahair. Format majalah ini sentiasa dikemaskinikan dan sering ada perubahan serta tambahan dari segi ruangan dan jumlah keluaran. Pada tahun 2007,  Majalah Pusaka telah diterbitkan dua kali setahun sehingga tahun 2010 ini. Mulai tahun 2011, Majalah Pusaka yang dijangka terbit tiga kali setahun, akan muncul dengan ‘wajah baru’ dan membuka peluang kepada penulis-penulis luar untuk menyumbangkan rencana atau artikel dengan honorarium yang berpatutan. Dengan kemunculan Majalah Pusaka ‘berwajah baru’ ini, diharap akan lebih menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan para pelajar dan penuntut sekolah, maktab, serta institusi tertinggi di negara ini, malah juga para sejarawan, peminat-peminat sejarah dan masyarakat Brunei amnya. 

Untuk mengetahui garis panduan penulisan Majalah Pusaka dan berminat untuk menyumbangkan rencana bagi pengisian Majalah Pusaka, sila tekan Garis panduan penulisan Majalah Pusaka

_____________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 1

Merupakan majalah berkala atau bersiri Pusat Sejarah Brunei yang memuatkan rencana-rencana sejarah, laporan, dan berita kegiatan yang ditulis dan diusahakan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei daripada hasil penyelidikan dan dokumentasi sejarah Brunei. Rencana-rencana yang dimuatkan dalam siri pertama majalah ini ialah: "Menanai dan Mengisi Kemerekaan", "Peranan Jabatan Pusat Sejarah Brunei dalam Penyelidikan dan Penulisan Sejarah", “Raja-Raja Brunei sebelum Awang Alak Betatar”, “Islam di Daerah Tutong”, “Ye-po-ti Sebutan Brunei Tua”, “Orang Brunei di Pahang”, “Sultan Abdul Majid ibni Sultan Muhammad Shah”, "Penemuan Batu Nisan Berhampiran Makam Raja Ayang", “Persinambungan Keluarga Diraja Brunei dengan Keluarga Diraja Tanah Melayu”, “Dato Haji Ahmad”, “Batu Nisan Sultan Omar Ali Saifuddien I”, "Masjid di Kampong Labi", dan “Nong Mayan”. Di samping itu memuatkan juga laporan-laporan, berita-berita kegiatan, makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei

Tahun Terbit: 2002 (Ulang Cetak)
Halaman: 92 halaman
Ukuran: 166.7mm x 249.2mm 
 Harga (Kulit Nipis): BND4.50
______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 2

Bilangan kedua majalah ini memuatkan rencana: "Pembukaan Rasmi Bangunan Pusat Sejarah", "Iktibar Sejarah", "Kemasukan Agama Islam di Brunei", "Tahun 1888 Masihi", "Kampong Ayer", "Meriam Sebenua dari Brunei di Bulungan", "Pu Kung Chih-mu", dan "Penyalinan Dokumen/Rekod Penting ke Mikrofilem". Di samping itu memuatkan juga laporan-laporan penyelidikan, berita-berita kegiatan, makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

                                                                     
Tahun Terbit: 1988
Halaman: 86 halaman
Ukuran: 163.5mm x 246.0mm
  Harga (Kulit Nipis): BND1.50 
(Harga asal: BND4.50)
______________________________________________________________

  
Pusaka, Bilangan 5
 
Rencana-rencana sejarah yang dimuatkan dalam keluaran kelima majalah ini: "Penilaian untuk Mengukur Kejayaan", "Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam Sejarah Penulisan Syair", " Hubungan Brunei-Jawa", "Pengalu dan Padian: Suatu Tinjauan Tradisi Perdagangan di Brunei", "Kedatangan Awal Guru-Guru Agama Johor di Brunei", dan "Sultan Muhammad Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibni Raja Pendahara Pengiran Muda Bongsu: Tinjauan Latar Belakang Persejarahan daripada Tradisi Lisan Brunei". Di samping itu, juga memuatkan laporan-laporan, berita-berita kegiatan, dan makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei
                                                            
Tahun Terbit: 1992
Halaman: 110 halaman
Ukuran: 166.7mm x 236.5mm
  Harga (Kulit Nipis): BND1.50
(Harga Asal: BND4.50)
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 6

Tajuk-tajuk rencana yang termuat ialah: "Penulisan Sejarah dalam Kehidupan dan Pembangunan Bangsa dan Negara", “Dasar dan Siasah Agama Memandu Kelancaran Pentadbiran Kerajaan”, “Makam Pengiran Kesuma Yuda”, ”Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam”, ”Sumbangan Orang-Orang Sarawak dalam Pendidikan Awal di Negara Brunei Darussalam”, dan ”Terbitan Pusat Sejarah 1982-1994”. Laporan penyelidikan dan pendokumentasian, laporan kursus, berita-berita kegiatan, dan makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei juga dimuatkan.

Tahun Terbit: 1994
Halaman: 92 halaman
Ukuran: 163.5mm x 239.7mm
 Harga (Kulit Nipis): BND1.50 
(Harga Asal: BND4.50)
 ______________________________________________________________

 Pusaka, Bilangan 7

Keluaran ketujuh ini memuatkan rencana-rencana yang bertajuk: "Sejarah Silam Jadi Panduan dalam Pembangunan Bangsa dan Negara", "Kemerdekaan untuk Merealisasikan Kewujudan Sebuah Kehidupan", "Masa Silam Sarana Masa Depan", "Memperingati 590 Tahun Pelayaran Cheng Ho: Laporan Seminar di Beijing", "Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien: Pengalaman di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak", "Reaksi Awal Belanda Terhadap Penglibatan Inggeris di Borneo Utara TM 1877", "Batu Nisan Lama Bertarikh 1533 Masihi: Suatu Penyelidikan Awal", "Sayidina Hasan dan Hubungannya dengan Sultan-Sultan Brunei", dan "Kampong Pekilong Muara". Juga dimuatkan ialah berita dan kegiatan, laporan kursus, daftar perolehan arkib, dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

Tahun Terbit: 1996
Halaman: 114 halaman 
Ukuran: 166.7mm x 246.1mm
  Harga (Kulit Nipis): BND4.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 8

Keluaran kelapan ini memuatkan rencana-rencana bertajuk: ''Sejarah Boleh Membimbing dan Mendidik Manusia'', ''Penyelidikan Kesan-Kesan Sejarah Brunei di Kuching, Sarawak'', ''Makam Sultan Muhammad Hasan'', ''Penyelidikan ke Mukim Serasa'', dan ''Ristaan: Kemangkatan Suri Seri Begawan Raja''. Di samping itu ialah berita-berita kegiatan, dan makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei, serta sebuah puisi yang bertajuk “Perang Kastela''.

 Tahun Terbit: 1997
Halaman:  95 halaman
Ukuran: 163.5mm x 239.7mm
  Harga (Kulit Nipis): BND4.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 9


Beberapa buah rencana hasil penyelidikan dimuatkan dalam bilangan 9 majalah ini: ''Teks Ucapan Pengajaran Berkesan Asas Pembangunan Bangsa dan Negara'', ''Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza'', ''Pengiran Anak Siti Khatijah'', ''Batu Nisan Orang Islam di China dan Pengaruh ke atas Nisan Maharaja Brunei'', ''Kampong Panchor Murai'', dan ''Peristiwa-Peristiwa Penting dalam Sejarah Hidup Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien''. Turut dimuatkan ialah Laporan Penyelidikan Kampong Tanah Jambu, dan makluman arkib dan perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

 Tahun Terbit: 1999
Halaman: 111 halaman
Ukuran: 152.4mm x 233.4mm
  Harga (Kulit Nipis): BND4.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 10


Bagi keluaran kesepuluh majalah ini mengandungi lima buah rencana sejarah yang masing-masing bertajuk: “Puni itu Brunei”, “Nasab Sultan Sharif Ali”, “Sebuah Batu Nisan Lama Bertarikh KM XV: Suatu Kajian Awal”, “Menyoroti Kandungan Perlembagaan Negeri Brunei 1959: ‘Menghalang’ sebagai Jaminan Keamanan, Kesejahteraan, dan Penakatan”, dan “Kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien”. Juga dimuatkan ialah laporan-laporan bengkel dan kursus, berita dan kegiatan, dan daftar sebahagian daripada judul-judul buku di perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

Tahun Terbit 2001
Halaman: 114 halaman
Ukuran: 166.7mm x 246.1mm
  Harga (Kulit Nipis): BND4.50
 ______________________________________________________________

Pusaka, Bilangan 11 

Pusaka, Bilangan 11 ini mengandungi rencana-rencana: "Membuka Minda Melayu Islam", “Salasilah Kesultanan Pahang”, “Adat dan Kelaziman menjadi Teras dalam Rangka Kerja bagi Perlembagaan Negara Brunei Darussalam”, “Batu Nisan Syateria Pengiran Maharaja Dinda”, “Puak Kedayan di Kampong Lamunin (Suatu Penyelidikan Awal Berdasarkan Sejarah Lisan)”, “Penyelidikan Batu Nisan di Pulau Sari, Lawas”, dan “Musuh-Musuh Rekod dan Cara Mengatasinya”. Juga dipaparkan ialah tempat-tempat bersejarah di Negara Brunei Darussalam, laporan-laporan bengkel dan kursus, dan daftar sebahagian daripada judul-judul buku di perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

Tahun Terbit: 2004
Halaman: 110 halaman
Ukuran: 163.5mm x 249.2mm
  Harga (Kulit Nipis): BND5.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 12

Pusaka, Bilangan 12 ini memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: “Calak Brunei: Suatu Gambaran Ringkas”, "Pengiran Siraja Muda Pengiran Abdul Rahman", “Perutusan Dalam Manuskrip Lama Melayu – Kes Syair Nasihat Laki-Laki dan Perempuan Macam Baharu: Suatu Kajian Ringkas”, “Pengaruh Kesultanan Brunei Ke Atas Orang Ulu Sarawak: Kajian Kes Di Daerah Baram, Bintulu dan Belaga”, "Tarikh Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin: Suatu Kajian Semula Berdasarkan Batu Nisan", “ 'Melayu’ Sebagai Kata Nama Kolektif Bermaksud Bahasa dan Bangsa – Suatu Ulasan Ringkas”, dan “Legenda Telur Pecah Lahirnya Puteri Lamlai”. Turut dimuatkan beberapa laporan kursus dan daftar sebahagian judul-judul buku di perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

Tahun Terbit: 2005 
Halaman: 82 halaman
Ukuran: 163.5mm x 246.1mm
Harga (Kulit Nipis): BND5.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 13

Pusaka, Bilangan 13 ini memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: “Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa”, “Slogan dan Panji-Panji Brunei”, “Kisah Datu Munchong di Bolongan: Berjaya Tewaskan Sumbang Lawi”, “Peranan Arkeologi Dalam Pembangunan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal”, “Enakmen 1912: Satu Tinjauan Awal”, “Orang Melabau”, "Kampung Ku - Kampong Kiulap", "Belajar Sejarah Brunei - Sejarah Negara Brunei Darussalam", dan "Sejarah Awal - Orang Melayu". Juga memuatkan laporan penyelidikan "Kampong Pudak", kursus, perpustakaan, dan arkib daripada pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei.

Tahun Terbit: 2007
Halaman: 134 halaman
Ukuran: 163.5mm x 246.1mm
 Harga (Kulit Nipis): BND5.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 14

Pusaka, bilangan 14 ini memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: “Sejarah Sebagai Ilmu”, “Perkhidmatan Feri Kuala Sungai Tutong”, “Makam Raja Ayang: Kisah Sumbang Dua Beradik”, “Pemerintahan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien III (1950-1967)”, "Biodata: Al-Marhum Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Hashim ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman", "Kampung Ku - Sejarah Kampong Kulapis", "Belajar Sejarah Brunei - Kerajaan Awal Brunei", dan "Sejarah Awal - Pendidikan Formal di Brunei". Turut memuatkan laporan kursus, perpustakaan, dan perolehan daripada pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei. 
 Tahun Terbit: 2007
Halaman: 87 halaman
Ukuran: 163.5mm x 246.1mm
  Harga (Kulit Nipis): BND5.50
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 15

Pusaka, Bilangan 15 ini memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: ''Kampong Ayer: Warisan Brunei di Kalangan Masyarakat Orang Ulu'', ''Ristaan Bandar Brunei'', ''Brunei Dalam Sejarah'', ''Sejarah Awal - Minyak di Brunei'', ''Belajar Sejarah Brunei - Perdagangan Awal Brunei'', dan ''Kampong Ku - Kampong Madang''. Turut memuatkan beberapa laporan kursus dan perpustakaan daripada pegawai Pusat Sejarah Brunei.
  
Tahun Terbit: 2008
Halaman: 109 halaman
Ukuran: 166.7mm x 246.1mm
  Harga (Kulit Nipis): BND8.00
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 16

Pusaka, Bilangan 16 memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: ''Penerbitan Pusat Sejarah Brunei: Hubungannya dengan Penterjemah'', ''Istana-Istana di Brunei'', ''Sejarah Lisan di Brunei: Satu Tinjauan Awal'', ''Brunei Dalam Sejarah'', ''Sejarah Awal – Nisan'', ''Belajar Sejarah Brunei - Pemerintahan Brunei sebelum Islam'', dan ''Kampong Ku - Kampong Menunggol''. Juga memuatkan laporan kursus, rekod dan perpustakaan daripada pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 Tahun Terbit: 2008
Halaman: 131 halaman
Ukuran: 163.5mm x 246.1mm
 Harga (Kulit Nipis): BND8.00
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 17

Pusaka, Bilangan 17 memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: ''Brunei dalam The North Borneo Herald'', ''Brunei Tua: Satu Tinjauan Ringkas'', ''Kampong Meragang: Asal Usul dan Tempat-Tempat Bersejarah'', ''Latar Belakang Ekonomi Tradisi Brunei: Suatu Tinjauan Awal'', ''Brunei dalam Sejarah - Catatan Sejarah Kitani'', ''Sejarah Awal – Kertas'', ''Belajar Sejarah Brunei - Brunei Setelah Menerima Agama Islam'', dan ''Kampong Ku - Kampong Jerudong''. Turut memuatkan laporan penyelidikan, kursus, rekod, dan perpustakaan daripada pegawai Pusat Sejarah Brunei. 
 
 Tahun Terbit: 2009
Halaman: 122 halaman
Ukuran: 163.5mm x 242.9mm
 Harga (Kulit Nipis): BND8.00
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 18

Pusaka, Bilangan 18 memaparkan beberapa rencana dan esei, iaitu: ''Salasilah pada Batu-Batu Nisan Lama: Suatu Penyelidikan Awal'', ''Asal Usul Nama Brunei: Satu Tinjauan Awal'', ''Peranan Sumber dalam Kajian Sejarah'', ''Peranan Guru-Guru Melayu dalam Kebangkitan Semangat Nasionalisme di Brunei'', ''1 Januari 1984: Sistem Kementerian Bermula'', ''Brunei dalam Sejarah - Catatan Sejarah Kitani'', ''Sejarah Awal – Manuskrip Melayu'', ''Belajar Sejarah Brunei - Kesultanan Melayu Islam Brunei'', dan ''Kampong Ku - Kampong Anggor''. Turut memuatkan beberapa laporan kursus dan rekod daripada pegawai Pusat Sejarah Brunei.
 
 Tahun Terbit: 2009
Halaman: 136 halaman
Ukuran: 169.9mm x 242.9mm
  Harga (Kulit Nipis): BND8.00
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 19

Pusaka, Bilangan 19 ini memuatkan rencana-rencana yang agak menarik mengenai sejarah Brunei seperti: " 'Brunei-Telselah Besar' dalam The North Borneo Herald and Official Gazette", ''Perlembagaan Negeri Brunei 1959: Sejarah Ringkas Pembentukannya'', ''Sejarah Kampong Ayer'', ''Masjid Lambang Kepimpinan Raja'', "Catatan Sejarah Kitani", "Sejarah Awal: Agama Islam", "Belajar Sejarah Kitani: Kedatangan Orang Barat ke Brunei (Portugis & Sepanyol)", dan '‘Kampung Ku: Kampong Dato Gandi''. Di samping itu, turut memuatkan beberapa laporan kursus, bengkel dan perpustakaan daripada pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 Tahun Terbit: 2010
Halaman: 111 halaman
Ukuran: 163.5mm x 242.9mm
  Harga (Kulit Nipis): BND6.00
 ______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 20

Pusaka, Bilangan 20 mengandungi rencana-rencana: "Kebakaran di Brunei Tahun 1884", "Sejarah Politik Brunei dalam Syair Rakis", "Brunei Pusat Penyebaran Islam", "Kampong Labu Estet: Asal Usul dan Tradisi Lisannya", "Catatan Sejarah Kitani", "Sejarah Awal: Jalan Raya", "Belajar Sejarah Brunei: Kedatangan Orang Barat ke Brunei", dan "Kampung Ku: Kampong Belimbing". Juga dimuatkan beberapa laporan Persidangan dan Penempatan Kerja daripada pegawai-pegawai Pusat Sejarah Brunei.

 Tahun Terbit: 2010
Halaman: 98 halaman
Ukuran: 163.5mm x 242.9mm
  Harga (Kulit Nipis): BND6.00
______________________________________________________________


Pusaka, Bilangan 21


Bermula dari awal kemunculannya, iaitu pada tahun 1988 sehingga kini,Majalah Pusaka telah berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran. Mulai tahun 2011, sesuai dengan usianya yang semakin dewasa dan matang, buat pertama kalinya Majalah Pusaka, Bil. 21 'berwajah baru' dengan konsep persembahan yang berbeza daripada keluaran sebelumnya. Pembaharuan ini bukan sahaja memaparkan perubahan pada wajah luaran dan dalaman, malahan dari segi saiz, ketepatan halaman, gambar, ilustrasi, teks dan pelbagai isi serta gaya persembahan dalam sesebuah ruangan dan rencana juga turut berubah.

Memuatkan beberapa ruangan baru, antaranya ialah Catatan Sejarah, Info, KampungKu, Legenda, Sekolah Kita, Tokoh, Tambah Minda, Tahukah Biskita, Kegiatan dan Rencana. Antara tajuk-tajuk artikel yang dimuatkan dalam Pusaka Bilangan 21 ini ialah: "Pengeluaran Mata Wang Pertama Negeri Brunei", "Perasmian Pesta Sukan Kebangsaan Pertama", "Lawatan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II ke Negeri Brunei", "Batu Tarsilah", "Pulau Lumut Lunting", "Batu Nisan P'u", "Kampong Limau Manis","Sekolah Rendah Merangking", "Adat Perkahwinan Puak Tutong", "Perkhidmatan Doktor Terbang", "Perang Saudara di Pulau Chermin", dan "Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh ibnu Pengiran Sharmayuda".

Keluaran Januari - April 2011
Halaman: 48 halaman
Ukuran: 203.2mm x 254mm
 Harga (Kulit Nipis): BND3.40
 ______________________________________________________________

Pusaka, Bilangan 22
 

Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah: "Rumah Sakit Kerajaan Pertama", "Pelancaran Pemancaran Televisyen Berwarna", "Ubar di Brunei", "Lombong Arang Batu Brooketon", "Enakmen Kehadiran ke Sekolah 1929", "Kampong Telamba, Mukim Telisai", "Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam", "Pakaian Tradisi Puak Murut", "Pengambilan Pertama Polis Wanita Brunei", "Mesopotomia", "Pulau Ranggu", "Menteri Besar Brunei Pertama", dan "Telefon Bimbit". Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.

Keluaran Mei - Ogos 2011
Halaman: 48 halaman
Ukuran: 203.2 mm x 255.6mm
Harga (Kulit Nipis): BND3.40


 _______________________________________________

 

 Pusaka, Bilangan 23
Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah: ''Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Yang Pertama'', ''Pelancaran Mushaf Brunei Darussalam'', ''Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' '', ''Patuh'', ''Masjid Marbut Pak Tunggal'', "Kampong Kapok", ''Sekolah Rendah Pusar Ulak'', ''Kemunculan Wabak Kolera di Brunei'', ''Sejarah Pentadbiran Sosioekonomi Brunei 1906-1928'', ''Epigrafi'', ''Mufti Kerajaan Brunei Pertama'', dan ''Kikik''. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.

Keluaran September - Disember 2011
Halaman : 49 halaman
Ukuran : 204.9mm x 255.6mm
Harga (Kulit Nipis) : BND3.40
_________________________________________________

 

Pusaka, Bilangan 24

Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah ''Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan'', ''Perkhidmatan Radio Brunei'', ''Jalan Raya Pertama di Brunei'', ''Syarikat Borneo Utara British'', ''Penukaran Bendera Negara Brunei Darussalam selepas Perlembagaan Negeri Brunei 1959'', ''Kampong Kiarong'', ''Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah'', ''Stupa'', ''Sejarah Buku'', ''Balai Ibadat Kampong Merangking'', ''Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim'' dan ''Gasing''. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.

Keluaran Januari - April 2012
Halaman : 49 halaman
Ukuran : 203.2mm x 277.8mm
Harga (Kulit Nipis) : BND3.40
 
 ___________________________________________________


                              Pusaka, Bilangan 25
 
Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini antaranya ialah "Pembukaan Pusat Belia", "Perkhidmatan Bas Kerajaan di Brunei", "Masjid Sultan Sharif Ali", "Asal Usul Pensil", "Pelabuhan Muara", "Kampong Rampayoh", "Sekolah Rendah Pulaie", "Topi dan Sejarahnya", "Penubuhan Askar Melayu Brunei", "Kain Songket: Peranannya dalam Masyarakat Melayu Brunei", dan "Begawan Pehin Tuan Imam Dato Seri Paduka Awang Haji Metassim bin Mohd. Tahir: Tokoh Agama Kurun ke XIX". Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.

Keluaran Mei - Ogos 2012
Halaman : 49 halaman
Ukuran : 207.9mm x 254mm
Harga (Kulit Nipis) : BND3.40  
 ______________________________________________________

 

Pusaka, Bilangan 26

Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah ''Perasmian Bangunan Muzium Peringatan Sir Winston Churchill'', ''Pembukaan Rasmi Bangunan Jabatan Hal Ehwal Ugama'', ''Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien'', ''Sistem Residen di Brunei 1906'', ''Perasmian Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah'', ''Kampong Bebuloh'', ''Sekolah Saint Margaret'', ''Takapan Kering Batu Nisan'', ''Berjanawari'', dan ''Dato Godam''. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.

Keluaran September - Disember 2012
Halaman : 49 halaman
Ukuran : 204.8mm x 255.6mm
Harga (Kulit Nipis) : BND3.40
__________________________________________________
 Pusaka, Bilangan 27
 

Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah ''Masjid Setia Ali'', ''Perasmian Bangunan Baru Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Belait'', ''Sukan Asia Tenggara Ke-20'', ''Wasai Janggut'', ''Residen-Residen British di Brunei'', ''Kampong Setia'', ''Sekolah Rendah Sungai Kebun'', ''Tentera Laut Diraja Brunei'', ''Makam Pengiran Temenggong Pengiran Anak Abdul Kahar'', ''Perkahwinan Puak Murut di Negara Brunei Darussalam'', ''Sultan Seri Maharaja'', dan ''Asal Usul Mesin Jahit''. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.
 
Keluaran Januari - April 2013
Halaman : 49 halaman
Ukuran :
207.9mm x 255.6mm Harga (Kulit Nipis) : BND3.40  
 ____________________________________________________
 
 

Pusaka, Bilangan 28

Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini ialah ''Maktab Perguruan Ugama'', ''Negara Brunei Darussalam Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-159'', ''Panggung Wayang di Brunei'', ''Perkhidmatan Pos di Kampong Ayer Tahun 1970an'', ''Makam Pengiran Temenggong Shaibul Bahar Pengiran Muda Muhamad Shamsudin'', ''Kampong Batu Apoi'', ''Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria'', ''Baduk: Sejarah Ringkas'', ''Replika Batu Nisan'', ''Perusahaan Arang Batu 1906-1937'', ''Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd. Daud'', dan ''Asal Usul Tulisan''. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.
 
Keluaran Mei - Ogos 2013 
Halaman: 49 halaman
Ukuran: 203.2mm x 277.8mm
Harga (Kulit Nipis): BND3.40
 ___________________________________________________