Saturday, November 26, 2011

PESTA BUKU DAN ICT

Kunjungi Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei sempena Pesta Buku dan ICT di Dewan Persidangan Antarabangsa Berakas. Bermula pada 28 November hingga 2 Disember 2011.

Dapatkan buku-buku, jurnal dan majalah terbitan Pusat Sejarah Brunei yang terkini dengan potongan harga hingga 70%.

Monday, November 14, 2011

Prosiding Seminar Sejarah Borneo Ke-2


Prosiding Seminar Sejarah Borneo Ke-2 kini boleh didapati di Kedai Buku, Pusat Sejarah Brunei dengan harga $10.00 senaskah.

Kandungan:
  1.  Kampong Ayer di Borneo: Perspektif dan Perbezaan.
  2. Panglima Gajah Tunggal, Dato' Setia Raja Tok Jebek bin Tok Akil: Geneologi Keluarga dengan Pengiran Bagauddin.
  3. Rekonstruksi Sejarah Penghijrahan dan Penempatan Kaum Suku Melayu Brunei di Papar.
  4. Satu Sejarah Migrasi Masyarakat Melayu Brunei ke Sabah.
  5. Satu Peristiwa Dua Cerita: Isu Penyerahan Wilayah Borneo Utara Kepada Kesultanan Sulu.
  6. Syarif Osman Syarif Ali, Syarif Rum Syarif Osman dan Dayang Cahaya Sultan 69 Muhammad Fadl, 1830-an hingga 1845.
  7. Penglibatan Buruh Labou Estet dalam BARIP Cawangan Jesselton.
  8. Sekilas Pandang Kedudukan Etnik Melayu Brunei dalam Dimensi Politik Sabah, 1881-1994.
  9. Masyarakat Brunei di Kota Marudu, Sabah.
  10. Pengiran Shabandar dan Perang Padas Damit 1888: Lagenda dan Kebenaran Cerita Lisan Masyarakat Beaufort, Sabah.
  11. Sejarah Pengiran Bagauddin di Pahang dan Hubungannya dengan Brunei, Sabah dan Sarawak.
  12. Sejarah Status Gelaran Golongan Bangsawan Melayu Brunei di Kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1942).
  13. Adat Perkahwinan Puak Melayu Brunei, Negara Brunei Darussalam dan Suku Kaum Brunei, Membakut Sabah: Satu Telahan Awal.
  14. Wanita Brunei dalam Spektrum Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah.
  15. Masyarakat, Gambus dan Warisan Kesenian: Satu Penelitian Sejarah.
  16. Sejarah Kerambunai Berasal Daripada Peristiwa Kapal Orang-Orang Brunei Karam Diketuai Oleh Pengiran Abdullah.
  17. Adat Perkahwinan Masyarakat Brunei di Kampung Pimping, Membakut: Satu Budaya Yang Telah Dilupakan.
  18. Legenda Nakhoda Ragam dan Puteri Milau dalam Tradisi Lisan Masyarakat Brunei di Kudat, Sabah.
  19. Tok Penghulu Peraid/Farahit Tokoh Pemimpin Masyarakat di Kampung Mengkabong, Tuaran Satu Kajian Awal ke Arah Jejak Kesultanan Brunei di Sabah.
  20. Menyusuri Pewaris Brunei di Karambunai.
  21. Dialek Melayu Teluk Brunei (DMTB) dan Hubungannya dengan Dialek Melayu di Pulau Borneo.

Majalah Pusaka Berwajah Baru (Pusaka Bil. 21)



Bermula dari awal kemunculannya, iaitu pada tahun 1988 sehingga kini, Majalah Pusaka telah berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran. Mulai tahun 2011, sesuai dengan usianya yang semakin dewasa dan matang, buat pertama kalinya Majalah Pusaka, Bil. 21 'berwajah baru' dengan konsep persembahan yang berbeza daripada keluaran sebelumnya. Pembaharuan ini bukan sahaja memaparkan perubahan pada wajah luaran dan dalaman, malahan dari segi saiz, ketepatan halaman, gambar, ilustrasi, teks dan pelbagai isi serta gaya persembahan dalam sesebuah ruangan dan rencana juga turut berubah.

Penampilan baru ini dihasratkan agar dapat memberi tarikan kepada orang ramai untuk membaca dan menjadikannya sebagai salah sebuah koleksi bahan bacaan ringan tetapi penuh dengan informasi sejarah.







Dapatkan segera Majalah Pusaka Berwajah Baru, (Majalah Pusaka Bil. 21) di Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei dengan harga $3.40 senaskah.


Seminar Sejarah Borneo Ke-2, "Jejak Kesultanan Brunei di Sabah"


Alhamdulilah, Pusat Sejarah Brunei telah berjaya mengungkayahkan Seminar Sejarah Borneo Ke-2 pada bulan lepas. Seminar ini diadakan selama 3 hari, bermula pada 19 hingga 21 Oktober 2011 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar ini bertemakan "Jejak Kesultanan Brunei di Sabah" iaitu sebagai kesinambungan daripada Seminar Sejarah Borneo yang telah diadakan pada tahun 2007. Sebelum ini iaitu pada November 2009, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan projek 'Jejak Kesultanan Brunei' bagi menyelidik dan mengumpul warisan budaya dan sejarah Brunei dan juga tentang salasilah keluarga Diraja Brunei, pembesar-pembesar, orang-orang kenamaan dan masyarakat Brunei di Borneo khususnya di Sabah. 

Prosiding Kertas Kerja Seminar Sejarah Borneo ke-2 kini boleh didapati di Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei dengan harga $10.00.