Buku-Buku

Dalam usaha memperkenalkan persejarahan Brunei ke mata dunia, Pusat Sejarah Brunei telah berjaya menghasilkan beberapa penerbitan buku yang ada hubung kait dengan sejarah Brunei. Dengan adanya penerbitan seumpama ini, dapat memberikan gambaran sebenar tentang sejarah negara dan bangsa Brunei, mengetengahkan peristiwa masa lalu yang berfaedah bagi pengajaran serta teladan masa kini dan akan datang supaya negara kita tetap berdiri megah dengan keunikan persejarahannya dan mampu mencapai kecemerlangan bersama pembangunan yang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Melalui penerbitan buku seumpama ini juga dapat mengajak masyarakat berkongsi pengetahuan dan maklumat kerana sesebuah buku itu menyatukan catatan-catatan yang berselerak dan beberapa disiplin ilmu menjadi serangkaian data dan fakta yang berguna dalam kehidupan, terutama sekali buku-buku sejarah yang boleh menjadi pedoman dan pengajaran masa kini dan akan datang.

Sehubungan itu, Bahagian Penerbitan dan Pemasaran, Pusat Sejarah Brunei mengalu-alukan para ilmuan sejarawan, cendekiawan tanah air dan pengkaji luar menghadapkan hasil kajian untuk diterbitkan sama ada kompilasi kertas kerja, tesis, desertasi latihan ilmiah, dan seumpamanya. Setiap terbitan akan diberi honorarium menurut nilai manuskrip yang dihadapkan.






No comments:

Post a Comment