Bagi merealisasikan visi dan matlamat Pusat Sejarah Brunei sebagai pusat sumber yang menangani dan mengendalikan penyelidikan, pengkajian, pengumpulan, pendokumentasian, penerbitan, dan pameran dalam segala bentuk yang berkaitan dengan persejarahan Brunei, usaha-usaha mempergiatkan bahan-bahan terbitan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sesuai dengan peranannya ke arah penyelidikan dan penulisan sejarah negara, Pusat Sejarah Brunei telah mampu menerbitkan buku-buku, majalah, dan jurnal dengan tujuan memberi makllumat serta fakta yang penting kepada khalayaknya.
Antara terbitan awal ialah Majalah Pusaka yang diterbitkan pada tahun 1988. Penerbitan Majalah Pusaka yang bersifat in-house publication ini memuatkan penyelidikan dan kegiatan Pusat Sejarah Brunei yang telah dijalankan oleh pegawai-pegawai dan kakitangannya. Alhamdulillah, sejak penerbitannya, sambutan yang menggalakkan diterima daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah, penuntut-penuntut maktab dan institusi pendidikan tinggi, serta para pengkaji dan peminat sejarah tanahair. Format majalah ini sentiasa dikemaskinikan dan sering ada perubahan serta tambahan dari segi ruangan dan jumlah keluaran.
Pada tahun 2007, Majalah Pusaka telah diterbitkan dua kali setahun sehingga tahun 2010. Mulai tahun 2011, Majalah Pusaka terbit tiga kali setahun dengan 'wajah baru' yang diharap akan lebih menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan para pelajar dan penuntut sekolah, maktab, serta institusi tertinggi di negara ini, malah juga para sejarawan, peminat-peminat sejarah dan masyarakat Brunei amnya.
Untuk mengetahui garis panduan penulisan Majalah Pusaka dan berminat untuk menyumbangkan rencana bagi pengisian majalah ini, sila tekan
________________________________
________________________________
________________________________
________________________________
Pusaka Bilangan 25
________________________________
Pusaka Bilangan 32
________________________________
No comments:
Post a Comment