Monday, November 14, 2011

Seminar Sejarah Borneo Ke-2, "Jejak Kesultanan Brunei di Sabah"


Alhamdulilah, Pusat Sejarah Brunei telah berjaya mengungkayahkan Seminar Sejarah Borneo Ke-2 pada bulan lepas. Seminar ini diadakan selama 3 hari, bermula pada 19 hingga 21 Oktober 2011 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar ini bertemakan "Jejak Kesultanan Brunei di Sabah" iaitu sebagai kesinambungan daripada Seminar Sejarah Borneo yang telah diadakan pada tahun 2007. Sebelum ini iaitu pada November 2009, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan projek 'Jejak Kesultanan Brunei' bagi menyelidik dan mengumpul warisan budaya dan sejarah Brunei dan juga tentang salasilah keluarga Diraja Brunei, pembesar-pembesar, orang-orang kenamaan dan masyarakat Brunei di Borneo khususnya di Sabah. 

Prosiding Kertas Kerja Seminar Sejarah Borneo ke-2 kini boleh didapati di Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei dengan harga $10.00.

1 comment:

  1. Harap terus dapat diperkemaskan...kami mencari rujukan dan penerangan lebih lanjut tentang Kesah Hidup Sultan Muhammad Jamalul Alam ke ll.
    yang duduk di takhta kesultanan Brunei pada tahun 1906-1924.baginda pernah ke sulu/Mindanao..dan pernah kahwin di sana dan dikurniakan anak...anak-anaknya ialah;di panggil Halsi.yang bergelar Datu As...ini ikut ke Borneo..dan sakit /gila-gila dan mangkat di kg.sim-sim Sandakan...anak keduanya ialah Rahimah..dan anak ke tiganya ialah Alparani yang bergelar Datu Alpad..ini semua ikut ke Borneo dan tinggal di borneo sehingga mangkat di sana...

    ReplyDelete