Tuesday, June 5, 2012

Borang Ahli Perpustakaan & Rekod, Pusat Sejarah Brunei

Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei kini membukakan peluang kepada murid-murid, penuntut-penuntut sekolah, mahasiswa-mahasiswi dan para penyelidik untuk mendaftar menjadi Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei. Bagi muat turun borang Ahli Perpustakaan & Rekod, Pusat Sejarah Brunei sila tekan link ini:

BORANG AHLI PERPUSTAKAAN & REKOD, PUSAT SEJARAH BRUNEI


*** Borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke Kaunter Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei.

Thursday, April 12, 2012


Pertandingan Pidato Sejarah
Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2012

Anjuran Pusat Sejarah Brunei 
dengan kerjasama 
Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan




INFO TERKINI PERTANDINGAN PIDATO SEJARAH 2012

Kepada guru pengawas/penyelia/mentor para peserta yang akan bertanding dalam Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Tahun 2012 adalah dijemput hadir pada hari Khamis, 10 Mei 2012 bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei jam 8:30 pagi bagi acara UNDIAN bagi peringkat Saringan.

Pertandingan Peringkat Saringan pada 30 April, 3 dan & Mei adalah ditunda kepada pada tarikh 14 Mei hingga 22 Mei 2012 bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi Timbalan Pengerusi atau Setiausaha ditalian 2240166 sambongan 222 atau 221.


Untuk muat turun borang Pertandingan Pidato Sejarah 2012 sila tekan link

Saturday, April 7, 2012

Pesta Sukan Pusat Sejarah Bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April - Perjuangan bermula bagi pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei untuk beraksi dalam pelbagai acara sukan untuk merebut gelaran juara Pesta Sukan Pusat Sejarah Brunei 2012 yang diadakan bermula hari ini hingga 30 Mei nanti.

Acara sukan itu menyaksikan pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei beraksi mewakili pasukan masing-masing bertanding dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan.

Pelancaran Pesta Sukan 2012 Pusat Sejarah Brunei telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman di majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Pesta Sukan itu dikelolakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan di mana pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Alam Bernaga, Naga Buana, Si Gantar Alam dan Marak Berapi.

Sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan semasa pesat sukan itu iaitu Futsal yang diadakan hari ini, Dart pada 7 April, Ping Pong pada 7 April, Badminton pada 8,13 dan 15 April, Bola Jaring pada 20 April, 10 Pin Boling pada 29 April dan Tarik Kalat pada Hari Keluarga Pusat Sejarah Brunei pada Mei nanti.

Pesta sukan itu diadakan bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan jabatan, memupuk semangat kesukanan, bersukan untuk kesihatan, sukan sebagai riadah dan untuk mencungkil bakat bagi mewakili jabatan Pusat Sejarah Brunei di peringkat sukan kementerian.



Haji Abd Karim melancarkan Pesta Sukan Pusat Sejarah Brunei 2012
Haji Abd Karim menunjukkan piala rebutan bagi Pesta Sukan Pusat Sejarah


Haji Abd Karim diperkenalkan dengan ketua-ketua pasukan


Sumber Daripada
Sim Y.H.

Media Permata Online 




Brunei History Centre Sport Festival

Deputy Head of Brunei History Centre, Awang Haji Abd Karim with the trophy

Deputy Chairman of the Sport Festival, Awang Haji Zaine bin Mohd Daud presenting the trophy to Awang Haji Abd Karim, which will be presented to the winners in May

Team Marak Berapi

Team Alam Bernaga

Team Naga Buana

Team Si Gantar

The Brunei History Centre, Ministry of Culture, Youth and Sports, held an opening ceremony yesterday at the Multipurpose Hall at the Hassanal Bolkiah National Sports Complex in Berakas for their annual Sports Festival.

Present as guest-of-honour to announce the beginning of the games was Awang Haji Abd Karim bin Haji Abd Rahman, the Chairman of the Sports Festival Committee and Deputy Head of the Brunei History Centre.
There will be four teams competing across the fields of futsal (which was held yesterday at the Multipurpose Hall at the Hassanal Bolkiah National Sports), darts, table tennis, badminton, netball, 10-pin bowling and tug-of-war, which will be held throughout this month.

The four teams are Alam Bernaga, Naga Buana, Si Gantar Alam and Marak Berapi.

After all the sports events have finished, the overall final winning team will be announced during a closing ceremony in May and will be presented with the Sports Festival Trophy

Source From:
Jake Ten
Borneo Bulletin Weekend Online

Tuesday, February 28, 2012

Buku-Buku Terbaharu Terbitan Pusat Sejarah Brunei 2012


SEJARAH AWAL HUBUNGAN BRUNEI-CHINA

Penulis: Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

ISBN: 99917-34-85-6 (Kulit Tebal)
Tahun Terbit: 2012
Bahasa: Melayu
Harga: BND25.00 (Kulit Tebal)
             
Buku Sejarah Awal Hubungan Brunei–China ini adalah usaha untuk mengimbas kembali peninggalan warisan sejarah penting dan hubungan persahabatan yang sedia wujud di antara Sultan Brunei dengan Maharaja China pada suatu ketika dahulu.




20 TAHUN MERDEKA
PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN NEGARA: KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Penyelenggara: Awang Haji Rosli bin Haji Ampal & Dayang Salina binti Haji Jaafar


ISBN: 99917-34-86-4 (Kulit Tebal)
            99917-34-87-2 (Kulit Nipis)
Tahun Terbit: 2012
Bahasa: Melayu
Harga: BND12.00 (Kulit Tebal)
             BND7.00 (Kulit Nipis)

Patriotisme Teras Keteguhan Negara merupakan kumpulan kertas kerja seminar sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-20 Negara Brunei Darussalam ayng mengungkap dan mengimbas kembali pelaksanaan pembangunan negara hingga mencapai taraf antarabangsa serta kepesatan era teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik dan pantas memerlukan peningkatan kematangan dan kecukupan persediaan. Berbekalkan daripada usaha yang telah ditangani serta hala tuju yang dijalankan dan dilaksanakan dirancang selaras dengan dasar dan peranan masing-masing ke arah memperkasa, memperteguh dan mengekalkan survival Negara Brunei Darussalam.



SEJARAH BANGSA: ANTOLOGI SYAIR

ISBN: 99917-34-83-X (Kulit Tebal)
            99917-34-84-8 (Kulit Nipis)
Tahun Terbit: 2012
Bahasa: Melayu
Harga: BND12.00 (Kulit Tebal)
             BND7.50 (Kulit Nipis)

Antologi Syair Sejarah Bangsa memuatkan sebanyak 13 buah syair hasil daripada Peraduan Menulis Syair Sejarah Brunei sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Sejarah Brunei 2008. Menurut panel hakim, secara umumnya dalam persembahan isi kebanyakan syair mempersembahkan isi yang baik dan memaparkan tentang tokoh dan peristiwa persejarahan tanah air dan sekali gus memupuk semangat memperteguhkan jati diri bangsa dan semangat cintakan negara. Syair yang memenangi tempat pertama, iaitu 'Sekubit Ristaan: Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien', kedua, 'Salasilah Sultan Syarif Ali', dan ketiga, 'Syair Perwira Utap Negara'. Pengumpulan syair seumpama ini mampu menarik minat para penulis terhadap persejarahan tanah air sebagai khazanah bangsa dan negara.



Jurnal Darussalam Bilangan 11


Tahun Terbit: 2011
Harga: BND10.00 (Kulit Nipis)

Jurnal keluaran kesepuluh ini memuatkan 7 buah esei, hasil kajian mengenai persejarahan Brunei. Esei-esei yang terkandung di dalamnya ialah;

1. Kesultanan Melayu Tradisional: Satu Analisis ke atas Peranan Sultan dalam Kegiatan Ekonomi.
2. Islamic Da'wah in Brunei: Past Developments, Challenge and Future Prospects.
3. Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Seri Utama Haji Awang Metali bin Awang Mat Yassin: Kajian Biografi Tokoh Jasawan Agama melalui Sejarah Lisan (1913-1983).
4. Brunei-Japan Relation: From Imperialism to utual Understanding and Cooperation.
5. The Impact of Then Colonial Rule on Sarawak and Sabah.
6. Penemuan Minyak: Sejarah dan Sumbangannya Kepada Pembangunan Sosial di Negara Brunei Darussalam.
7. Melayu Islam Beraja: Ke Arah Pelestarian bagi Kelangsungan Negara.



Pusaka Bilangan 21


Tahun Terbit: 2011
Harga: BND3.40 (Kulit Nipis)

Bermula dari awal kemunculannya, iaitu pada tahun 1988 sehingga kini,Majalah Pusaka telah berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran. Mulai tahun 2011, sesuai dengan usianya yang semakin dewasa dan matang, buat pertama kalinya Majalah Pusaka, Bil. 21 'berwajah baru' dengan konsep persembahan yang berbeza daripada keluaran sebelumnya. Pembaharuan ini bukan sahaja memaparkan perubahan pada wajah luaran dan dalaman, malahan dari segi saiz, ketepatan halaman, gambar, ilustrasi, teks dan pelbagai isi serta gaya persembahan dalam sesebuah ruangan dan rencana juga turut berubah.

Memuatkan beberapa ruangan baru, antaranya ialah Catatan Sejarah, Info, KampungKu, Legenda, Sekolah Kita, Tokoh, Tambah Minda, Tahukah Biskita, Kegiatan dan Rencana. Antara tajuk-tajuk artikel yang dimuatkan dalam Pusakan Bilangan 21 ini seperti; Pengeluaran Mata Wang Pertama Negeri Brunei, Perasmian Pesta Sukan Kebangsaan Pertama, Lawatan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II ke Negeri Brunei, Batu Nisan P'u, Awang Semaun: Berlumba Gubang dan lain-lain.



Pusaka Bilangan 22


Tahun Terbit: 2011
Harga: BND3.40 (Kulit Nipis)


Antara artikel-artikel menarik yang dimuatkan dalam majalah ini, antaranya ialah Rumah Sakit Kerajaan Pertama, Pelancaran Pemancaran Televisyen Berwarna, Ubar di Brunei, Pakaian Tradisi Puak Murut, Mesopotomia, Menteri Besar Brunei Pertama dan lain-lain. Dalam majalah ini juga ada disediakan ruangan uji minda.






Dapatkan potongan harga 20% bagi buku-buku terbaharu Terbitan Pusat Sejarah Brunei di booth Pusat Sejarah Brunei sempena Pesta Buku di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, bermula pada 25 Februari sehingga 5 Mac 2012.

Tuesday, February 21, 2012

KUIZ KHAS Sempena Majlis Pelancaran Buku dan Filem Dokumentari Terbitan Pusat Sejarah Brunei



Pengunjung http://www.facebook.com/Narawahana yang pertama berjaya menjawab ketiga-tiga soalan KUIZ KHAS ini dengan tepat, akan memenangi HADIAH ISTIMEWA!

Majlis Pelancaran Buku dan Filem Dokumentari Jejak Kesultanan Di Borneo Terbitan Pusat Sejarah Brunei Melalui Facebook

Kunjungi http://www.facebook.com/Narawahana ini bagi Majlis Pelancaran Buku Terbaharu dan Filem Dokumentari Jejak Kesultanan di Borneo, Terbitan Pusat Sejarah Brunei yang akan berlangsung pada 22 Februari 2012, Pukul: 9.00 pagi dan sertailah KUIZ KHAS sempena Majlis Pelancaran tersebut. Pemenang akan menerima HADIAH ISTIMEWA!



Saturday, February 18, 2012

Peraduan Kuiz Sejarah Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Pusat Sejarah Brunei 2012

KUIZ SEJARAH SIRI KETIGA telahpun dikeluarkan. Bagi menyertai peraduan kuiz ini, sila klik link ini https://www.facebook.com/Narawahana. Soalan-soalan yang diberikan adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog Narawahana (http://narawahana.blogspot.com/), laman web rasmi Pusat Sejarah Brunei (http://www.pusat-sejarah.gov.bn/) dan video-video sejarah yang telah dimuat naik dalam Narawahana Fan Page.

Peraduan Kuiz Sejarah Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Pusat Sejarah Brunei 2012

Kuiz Sejarah, Siri Kedua telahpun dikeluarkan. Bagi menyertai peraduan kuiz ini, sila klik link ini https://www.facebook.com/Narawahana. Soalan-soalan yang diberikan adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog Narawahana (http://narawahana.blogspot.com/), laman web rasmi Pusat Sejarah Brunei (http://www.pusat-sejarah.gov.bn/) dan video-video sejarah yang telah dimuat naik dalam Narawahana Fan Page. Menangi hadiah Buku Terbitan Pusat Sejarah Brunei.

Wednesday, February 15, 2012

Peraduan Kuiz Sejarah Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Pusat Sejarah Brunei 2012

Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Terbitan Pusat Sejarah Brunei 2012, penganjur mengadakan Peraduan Kuiz Sejarah melalui Narawahana Facebook Fan Page. Soalan-soalan kuiz adalah berdasarkan kepada beberapa video sejarah yang akan dimuat naik di Fan Page tersebut, di laman sesawang Pusat Sejarah Brunei (www.pusat-sejarah.gov.bn) dan blog Narawahana (http://narawahana.blogspot.com/).


Soalan Peraduan Kuiz Sejarah siri pertama mula dikeluarkan pada hari ini, 16 Februari 2012, jam 9.00 pagi. Pastikan awda tidak ketinggalan.


Syarat-Syarat Peraduan: 


1. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Kuiz Sejarah ini, kecuali staf Pusat Sejarah Brunei.



2. Jawapan bagi Peraduan Kuiz Sejarah yang dipaparkan di Fan Page tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam ‘comment box’.



3. Setiap peserta Peraduan Kuiz Sejarah boleh menghantar seberapa banyak jawapan tetapi hanya peserta pertama yang berjaya menjawab keseluruhan soalan Peraduan Kuiz Sejarah dengan tepat dikira sebagai pemenangnya.


4. Penganjur hanya menyediakan satu hadiah bagi setiap siri soalan Peraduan Kuiz Sejarah.


5. Nama pemenang Peraduan Kuiz Sejarah akan dimaklumkan di Fan Page Narawahana ini juga.


6. Pemenang Peraduan Kuiz Sejarah boleh mengambil hadiah di Booth Pusat Sejarah Brunei sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Brunei di Pusat Pesidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam yang akan bermula pada 25 Februari sehingga 5 Mac 2012.

Narawahana Fan Page!

Bagi pengikut-pengikut Narawahana dan peminat sejarah tanah air, kini awda boleh melayari 

Facebook Nara Wahana  
https://www.facebook.com/pusatsejarah  

atau 

Facebook Fan Page Narawahana   https://www.facebook.com/Narawahana