Saturday, April 7, 2012

Pesta Sukan Pusat Sejarah Bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April - Perjuangan bermula bagi pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei untuk beraksi dalam pelbagai acara sukan untuk merebut gelaran juara Pesta Sukan Pusat Sejarah Brunei 2012 yang diadakan bermula hari ini hingga 30 Mei nanti.

Acara sukan itu menyaksikan pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei beraksi mewakili pasukan masing-masing bertanding dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan.

Pelancaran Pesta Sukan 2012 Pusat Sejarah Brunei telah disempurnakan oleh Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman di majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Pesta Sukan itu dikelolakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan di mana pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Alam Bernaga, Naga Buana, Si Gantar Alam dan Marak Berapi.

Sebanyak tujuh acara sukan dipertandingkan semasa pesat sukan itu iaitu Futsal yang diadakan hari ini, Dart pada 7 April, Ping Pong pada 7 April, Badminton pada 8,13 dan 15 April, Bola Jaring pada 20 April, 10 Pin Boling pada 29 April dan Tarik Kalat pada Hari Keluarga Pusat Sejarah Brunei pada Mei nanti.

Pesta sukan itu diadakan bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan jabatan, memupuk semangat kesukanan, bersukan untuk kesihatan, sukan sebagai riadah dan untuk mencungkil bakat bagi mewakili jabatan Pusat Sejarah Brunei di peringkat sukan kementerian.



Haji Abd Karim melancarkan Pesta Sukan Pusat Sejarah Brunei 2012
Haji Abd Karim menunjukkan piala rebutan bagi Pesta Sukan Pusat Sejarah


Haji Abd Karim diperkenalkan dengan ketua-ketua pasukan


Sumber Daripada
Sim Y.H.

Media Permata Online 




No comments:

Post a Comment