Wednesday, February 15, 2012

Peraduan Kuiz Sejarah Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Pusat Sejarah Brunei 2012

Sempena Pelancaran Buku Terbaharu Terbitan Pusat Sejarah Brunei 2012, penganjur mengadakan Peraduan Kuiz Sejarah melalui Narawahana Facebook Fan Page. Soalan-soalan kuiz adalah berdasarkan kepada beberapa video sejarah yang akan dimuat naik di Fan Page tersebut, di laman sesawang Pusat Sejarah Brunei (www.pusat-sejarah.gov.bn) dan blog Narawahana (http://narawahana.blogspot.com/).


Soalan Peraduan Kuiz Sejarah siri pertama mula dikeluarkan pada hari ini, 16 Februari 2012, jam 9.00 pagi. Pastikan awda tidak ketinggalan.


Syarat-Syarat Peraduan: 


1. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Kuiz Sejarah ini, kecuali staf Pusat Sejarah Brunei.



2. Jawapan bagi Peraduan Kuiz Sejarah yang dipaparkan di Fan Page tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam ‘comment box’.



3. Setiap peserta Peraduan Kuiz Sejarah boleh menghantar seberapa banyak jawapan tetapi hanya peserta pertama yang berjaya menjawab keseluruhan soalan Peraduan Kuiz Sejarah dengan tepat dikira sebagai pemenangnya.


4. Penganjur hanya menyediakan satu hadiah bagi setiap siri soalan Peraduan Kuiz Sejarah.


5. Nama pemenang Peraduan Kuiz Sejarah akan dimaklumkan di Fan Page Narawahana ini juga.


6. Pemenang Peraduan Kuiz Sejarah boleh mengambil hadiah di Booth Pusat Sejarah Brunei sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Brunei di Pusat Pesidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam yang akan bermula pada 25 Februari sehingga 5 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment